Tips Menghias Kamar Tidur Si Cilik

KETIKA menghias bilik anak terutama bayi, perkara penting perlu diambil kira ialah keselamatan mereka dan selepas itu barulah beralih kepada pemilihan kemasan dinding selain perhiasan yang dapat merangsang fikiran bayi.

Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan ruang.

Selain itu, pastikan keselamatan yang diambil mengikut peringkat perkembangan minda kanak-kanak dan bukan berdasarkan usia.

Ikuti beberapa panduan berikut:

- Tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur.

- Pasang kunci keselamatan, jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya. Jika pasang jeriji, pastikan bentuknya lurus bagi mengelakkan mereka memanjatnya.

- Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelak mereka memasukkan kepala di celah jeriji.

- Pasang langsir atau bidai yang sesuai di tingkap bilik supaya dapat menapis kemasukan cahaya mata hari terus.

- Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelak kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir.

- Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.

- Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai parket yang tertanggal dan lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelak kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak jubin yang pecah.

- Jangan sesekali memasang lampu lantai di bilik kanak-kanak, sebaliknya lebih sesuai menggunakan lampu kalimantang atau lampu dinding yang boleh dikawal cahayanya.

- Elak daripada membeli perabot berbucu tajam. Pilih yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik.

- Jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan.

- Peti menyimpan permainan sangat berbahaya bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah. Jika menggunakannya pastikan peti itu tidak dilengkapi kunci atau selak yang boleh memerangkap kanak-kanak di dalamnya.

- Permainan elok disusun di lantai supaya memudahkan mereka mengambilnya tetapi barang berbahaya seperti gunting dan losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi.

- Letak patung besar berasingan daripada bayi terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung itu.

- Jangan guna perhiasan kecil atau kaca serta perhiasan tembikar yang mudah pecah kerana dikhuatiri akan dimasukkan ke dalam mulut bayi atau kanak-kanak.

- Elak meletak perhiasan kaca di atas meja beralas kerana kemungkinan besar mereka akan menarik alas itu menyebabkan perhiasan jatuh dan pecah sekali gus mengundang bahaya.

- Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.

- Pastikan perabot dalam bilik kukuh dan tidak mudah digerakkan.

- Jika ingin menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan kanak-kanak sehingga terbawa-bawa dalam tidur.

- Tutup palam elektrik yang tidak digunakan dan sentiasa pastikan peralatan elektrik dalam bilik kanak-kanak berada dalam keadaan baik.

Di ambil dari Sumber : BERITA HARIAN MALAYSIA

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: